Ovarian
Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan
kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia
jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila
sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah
kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst
sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst
yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia
matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst
jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst
lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu
memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar
serta membahayakan.
Apakah Jenis-Jenis Cyst??
Terdapat
beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan
tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada
juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan
ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
Follicular Cyst:
Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan
telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang
paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
Cystademas:
Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari
yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair
mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Endometriomas:
Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami
endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada
ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada
ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Corpus Luteum:
Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan
mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair
terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk.
Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh
menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah
(burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Dermoid Cysts:
Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi,
rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi
besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries: Terjadi
apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan
bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan
terbentuk dan memenuhi ovari.
Siapakah yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian
cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin
sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya.
Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun,
sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih
cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts??
Ia
pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia
terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat
ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang
ialah:
- Muntah dan Loya
- Sakit Perut
- Sakit semasa hubungan seks
- Sukar atau kerap kencing
- Rasa perut penuh dan tidak selesa
Rasa berat pada ari-ari
Adakah Cyst Penyebab Masalah Ketidak-suburan??
Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab
dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst
tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda
mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.
Bagaimana untuk merawat masalah Cyst??
Rawatan masalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi
folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan
‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin
membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah
yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga
boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.
Selain itu anda boleh mengambil cara alternatif bagi merawat cyst dengan mengamalkan supplement semulajadi.
GLA Shaklee dapat membantu masaalah hormon sekaligus dapat mengecutkan cyst.
GLA
merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita
untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang
membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga
matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi
vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem
imun dengan memelihara integriti sel.
Testimoni Cyst mengecut dengan GLA
|
Kecut Cyst |