Keluarga Sihat & Bahagia Dengan SHAKLEE

Monday, January 21, 2013


 TEKNIK PENYUSUAN BAYI YANG BETUL

1.CARA MEMEGANG BAYI SEMASA PENYUSUAN
Pastikan anak selesa
Pegang bayi rapat menghadap anda dan payudara
Perut anak bersentuhan dengan perut anda
♥ Kepala,leher dan belakang bayi lurus dan di ampu
Mulut anak berada di bawah puting bila anak bersedia menyusu
Jangan membongkok semasa menyusu kerana boleh menyebabkan sakit belakang

2.KEDUDUKAN BADAN
Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat denan bayi
Gunakan bantal,kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan

3.PELEKAPAN
~ Cara yang betul menyusukan bayi ;-
  • Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
  • gerakkan badan bayi ke arah payudara
  • pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
  • pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
  • dagunya mencecah payudara
  • payudara nampak penuh dan bulat
  • Kedengaran nada hisapan -> hisap..telan..hisap..telan
~Cara pelekapan yang salah;-
  • dagu bayi jauh
  • tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
  • dagu tidak menyentuh payudara
  • ibu rasa sakit
  • payudara boleh bengkak dan puting luka

4. KEKERAPAN PENYUSUAN

Susukan bayi anda dengan kerap mengikut kemahuannya 'on demand'
Sentiasa bersama bayi (rooming - in) supaya boleh menyusukannya dengan kerap
Perah susu ibu sekiranya berlaku perpisahan sementara
1-7 hari pertama - susukan lebih kerap. Bayi kecil yang tidur lebih dari 2 - 3 jam harus digerakkan untuk disusukan
Bayi yang sudah biasa (lebih besar) - 8 - 12 penyusuan/24jam


5. TANDA BAYI MENDAPAT CUKUP SUSU
Bayi berhenti menghisap sendiri
Penyusuan kerap (8 - 12 kali dalam masa 24 jam)
Dengar bayi menelan
Buang air kecil lebih dari 6 kali dalam masa 24 jam
Kerap membuang air besar adalah normal ( 4 - 8 kali dalam masa 24 jam)
Bayi puas, ceria, otot dan kulit bayi juga sihat
Payudara penuh sebelum menyusu dan 'lembut' selepas menyusu

6. POSISI PENYUSUAN

1.      Posisi mendukung/buai
Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
muka dan kepala bayi menghadap payudara 
2.      Posisi mendakap/di sisi
Ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar
Ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
Pastikan runag mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya
3.      Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya
Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap
4.      Posisi baring
bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat  ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat
Penyusuan pasangan kembar
 ♥ Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...