Keluarga Sihat & Bahagia Dengan SHAKLEE

Showing posts with label LECHITIN. Show all posts
Showing posts with label LECHITIN. Show all posts

Tuesday, May 13, 2014

Adakah anda selesa memiliki perut yang buncit??Atasi perut anda dengan segera sebelum terlambat..

Bentuk perut yang buncit memang menjadi sebuah masalah terutama bagi para lelaki yang sudah lanjut usia.Tidak begitu mudah untuk mengatasi perut buncit melainkan diperlukan sebuah kesabaran dan latihan yang cukup disiplin serta mengatur pola makan agar mendapatkan hasil yang memuaskan.


Perut buncit merupakan tumpukan lemak yang ada di tubuh kita. Jika bercakap tentang mengatasi perut buncit tentu kita akan bertanya bagaimana cara menghilangkan lemak yang ada pada tubuh kita??. Satu-satunya cara yang tepat iaitu dengan cara bersenam dengan berterusan dan teratur.

Bersenam memang sudah menjadi kebiasaan setiap manusia yang menjaga kebersihan. Tanpa bersenam, sistem kerja tubuh akan menurun sehingga boleh menimbulkan masalah-masalah kesihatan. Bersenam berfungsi meningkatkan metabolisme dan melancarkan peredaran darah sehingga dapat memberikan kesegaran tubuh.Oleh kerana itulah bersenam ini merupakan  pilihan tepat dalam mengatasi perut buncit.


Antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak lancar. Berikut adalah tips2 yang dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda hadapi.

1. Jus limau
Sebaiknya, pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda perlu meminum segelas jus limau. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti lemon dan epal hijau.

2. Elakkan minuman sejuk ketika makan
Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan. Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam dan jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik.

3. Berpuasa
Berpuasa adalah satu cara paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman anda. Untuk yang beragama islam, ia tidak akan memberi masalah, tetapi kepada yang bukan, anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda tetapkan.

4. Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur
Salah satu mekanisme terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat kepada organ-organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas, asid perut, dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk.

5. Kombinasi makanan
Salah satu faktor lain yang menyebabkan masalah perut buncit adalah memilih kombinasi makanan yang tidak baik untuk sistem pencernaan manusia. Makanan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu , karbohidrat (roti, kentang, beras), protein (daging, tenusu, kacang, soya) dan lemak (minyak masak). Ketiga-tiga makanan ini tidak baik dimakan dalam satu hidangan. Selain daripada itu, pendapat pakar juga menyatakan bahawa makanan laut dan darat tidak baik untuk kesihatan jika turut dihidangkan dalam satu hidangan.

Produk Shaklee untuk mengatasi masalah perut buncit;-





Thursday, January 10, 2013

KENAPA LEMAK YANG BERLEBIHAN DALAM BADAN BAHAYA??






 Lemak ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Risiko kesihatan obesiti dibahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.

** Mati awal (disebabkan penyakit)**

~ Diabetes

~ Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.

~Strok.

~ Gangren.

~ Tekanan darah tinggi.

~Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).

~Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.

~Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.

** Menjalani kehidupan yang menyakitkan**

~ Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes.

~Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur.

~Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati).

~ Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing.

~ Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.

~ Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.

** Kesan psikologi**

~ Resah dan gelisah.

~ Tertekan dan murung.

Untuk mengurangkan berat badan tiada jalan pintas kerana pertambahannya berlaku dalam satu jangka masa lama. Jadi proses pengurangan berat badan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan selamat.

Perkara utama ialah mesti ada kemahuan sendiri, bersedia dan komited. Tujuan menurunkan berat badan juga perlu jelas kerana anda mesti buat untuk diri kebaikan diri seperti mahu hidup sihat dan panjang umur.

Jangan berusaha kerana orang lain, contohnya disuruh  isteri atau  kekasih, kerana usaha ini akan terhenti di tengah jalan.

Usah mencuba kaedah yang tidak terbukti secara saintifik kerana boleh membahayakan kesihatan.Usah terpengaruh kata-kata manis iklan yang mana kita tidak tahu ada campuran yang membahayakan..tetapi anda jangan risau kerana supplement dari produk SHAKLEE adalah bahan semulajadi,tidak membahayakan..malah ianya selamat digunakan..KLIK SINI untuk keterangan lanjut

Adakah dengan mengambil supplement SHAKLEE saya boleh kurus?? KLIK SINI
  

Bagaimana untuk mengurangkan 5 -10 % berat badan?
Suppliment hanya membantu membakar dan membuang lemak,tetapi sekiranya anda tidak menghadkan pemakanan anda,tidak bersenam,malah makan yang berlebihan..tidak akan membuahkan hasil..


Pencegahan adalah kaedah terbaik. Tiada orang dilahirkan mahu gemuk Masalah ini berpunca daripada sikap diri sendiri dan tabiat pemakanan keluarga yang dipupuk sejak kecil.Ibu bapa perlu mendidik anak mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat serta lakukan aktiviti senaman keluarga.



Untuk keterangan lanjut;-

~ sms ke 0148437633


~email ke tie_yus@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...