Keluarga Sihat & Bahagia Dengan SHAKLEE

Thursday, January 17, 2013

Home »SEMBELIT DI KALANGAN BAYI..

SEMBELIT DI KALANGAN BAYI..


http://baitijannatiqolbi.blogspot.com
Sembelit memang selalu terjadi di kalangan bayi . Bayi  mengeluarkan najis yang keras dan banyak  dan kadangkala hanya keluar sekali dalam beberapa hari. Kekerapan seseorang bayi itu mengeluarkan najis berbeza di antara satu bayi dengan bayi yang lain. Ada bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga  yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian tempat keluarnya najis itu. Perkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana ini mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak.Kebanyakkan sembelit ini berlaku di kalangan bayi  tidak ada punca penyakit yang jelas. Kadangkala keadaan ini biasa terdapat juga di kalangan keluarganya sendiri.

Bayi yang diberi susu tepung lebih kerap mendapat sembelit kerana bahan kalsium yang lebih tinggi dan bahan protein casein yang terdapat dalamnya. Dari itu bayi yang diberi susu badan tidak digalakkan supaya ditukar kepada susu tepung dengan cepat kerana ini boleh membawa kepada bayi mendapat sembelit. Bahan - bahan pepejal seperti nasi , bali , sayur - sayuran yang berkanji seperti bayam , boleh mengeraskan najis.

Jika seseorang bayi terus mendapat sembelit apabila usianya meningkat lebih dari satu tahun dia akan kurang buang air besar sehingga kadangkala sekali sahaja dalam dua atau tiga empat hari. Akibatnya tali   perut bahagian colon akan membesar sehingga senang dikenal pasti apabila seseorang doktor memeriksa bahagian abdomen bayi itu. Kadangkala ketul - ketulan najis juga boleh dirasai daripada pemeriksaan abdomen.
Bayi yang sembelit mungkin juga akan kurang berselera, meragam dan menangis kerana tidak rasa selesa atau sakit perut dan perutnya juga kelihatan buncit . Kadangkala timbang beratnya juga kurang meningkat

Di antara keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan seseorang bayi itu sukar mengeluarkan najisnya ialah keadaan yang dipanggil 'Hirschsprung disease'.  Dalam keadaan ini kaliber sebahagian perut bayi-bayi itu adalah kecil.  Akibatnya kandungan tali perut sukar melepasi bahagian ini menyebabkan bayi-bayi itu membuncit.  Seseorang doktor yang memeriksa bahagian rektum bayi itu dengan jarinya akan mendapati bahagian itu kosong tanpa apa-apa najis.  Keadaan ini dapat dipastikan juga dengan menggunakan 'barium enema' dimana bahan kimia barium dimasukan melalui anus bayi itu dan gambar sinaran X diambil yang akan menunjukkan bahagian tali perut yang berkaliber kecil.  Satu cara lagi yang boleh digunakan ialah  biopsi dibahagian rektum.  Dengan cara ini sedikit tisu dari bahagian rektum.  Dengan cara ini sedikit tisu dari bahagian rektum akan dapat diperiksa dibawah mikroskop untuk memastikan ketiadaan sel-sel ganglion dalam lapisan didinding bahagian itu.

Bayi yang dilahirkan kekurangan hormon thyroid (hypothyroidism) selalu sembelit.  Tanda-tanda lain yang mungkin terdapat pada bayi ialah kekuningan yang lambat baik selepas dilahirkan, ubun-ubun dibelakang kepala (posterior fontanelle), bentuk rupa yang agak hodoh ataupun pusat yang mengelembung (umbilical hernia). Kepastian boleh dibuat dengan ujian darah dimana tahap Thyroxine (T4) rendah dari biasa dan tahap hormon yan dikenali sebagai Thyroid Stimulating Hormone (TSH) lebih tinggi dari biasa.  Sembelit akan kekurangan apabila rawatan dengan hormon thyroid diberi dengan secukupnya seumur hidup.
http://baitijannatiqolbi.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...