TEKNIK PENYUSUAN BAYI YANG BETUL
1.CARA
MEMEGANG BAYI SEMASA PENYUSUAN
♥ Pastikan anak selesa
♥ Pegang bayi rapat menghadap anda dan payudara
♥ Perut anak bersentuhan dengan perut anda
♥ Kepala,leher dan belakang bayi lurus dan di
ampu
♥ Mulut anak berada di bawah puting bila anak
bersedia menyusu
♥ Jangan membongkok semasa menyusu kerana boleh
menyebabkan sakit belakang
2.KEDUDUKAN BADAN
♥
Pastikan anda
selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil
dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
♥
Jangan
bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting
untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat denan bayi
♥
Gunakan bantal,kusyen
atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda
dan bayi semasa penyusuan
3.PELEKAPAN
~ Cara yang betul
menyusukan bayi ;-
- Sentuh bibir bayi, tunggu
mulutnya terbuka luas
- gerakkan badan bayi ke arah
payudara
- pastikan bayi mengambil lebih
kawasan hitam payudara(areola)
- pastikan bayi melekap dengan
betul dan ampu sedikit payudara
- dagunya mencecah payudara
- payudara nampak penuh dan bulat
- Kedengaran nada hisapan ->
hisap..telan..hisap..telan
~Cara pelekapan
yang salah;-
- dagu bayi jauh
- tidak banyak areola yang masuk
ke dalam mulut bayi
- dagu tidak menyentuh payudara
- ibu rasa sakit
- payudara boleh bengkak dan
puting luka
4. KEKERAPAN PENYUSUAN
♥ Susukan bayi anda dengan kerap mengikut
kemahuannya 'on demand'
♥ Sentiasa bersama bayi (rooming - in) supaya
boleh menyusukannya dengan kerap
♥ Perah susu ibu sekiranya berlaku perpisahan
sementara
♥ 1-7 hari pertama - susukan lebih kerap. Bayi
kecil yang tidur lebih dari 2 - 3 jam harus digerakkan untuk disusukan
♥ Bayi yang sudah biasa (lebih besar) - 8 - 12
penyusuan/24jam
5. TANDA BAYI MENDAPAT CUKUP SUSU
♥ Bayi berhenti menghisap sendiri
♥ Penyusuan kerap (8 - 12 kali dalam masa 24 jam)
♥ Dengar bayi menelan
♥ Buang air kecil lebih dari 6 kali dalam masa 24
jam
♥ Kerap membuang air besar adalah normal ( 4 - 8
kali dalam masa 24 jam)
♥ Bayi puas, ceria, otot dan kulit bayi juga
sihat
♥ Payudara penuh sebelum menyusu dan 'lembut'
selepas menyusu
1.
Posisi mendukung/buai
♥Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
♥muka dan kepala bayi menghadap payudara
2.
Posisi mendakap/di sisi
♥ Ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang
lengan dan kaki dibalut longgar
♥Ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
♥Pastikan runag mencukupi bagi bayi tanpa
membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya
3.
Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
♥ Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga
boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya
♥ Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang
sukar untuk melekap
4.
Posisi baring
♥ bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh
badannya melekap dekat ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak
berehat
Penyusuan
pasangan kembar
♥ Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua
payudara pada masa serentak