Saya nak share tentang tanda-tanda awal kehamilan yang biasanya ibu-ibu rasa..atau kdg kita tak perasan pun.. maklumat ni hasil pembacaan sy dlm buku 'Mum 2 mum pregnancy guide' and 'your pregnancy week by week'
1. Bengkak payudara dan puting sensentif
-ini merupakan salah satu tanda yang sangat ketara ketika ibu mula
hamil. Ibu akan rasa sakit dan bengkak payudara serta kawasan areola
yang semakin hitam..Ini adalah kerana badan ibu sedang bersedia untuk
menghasilkan susu. Jadi hormon meningkat yang menyebabkan simptom ini.
Selain itu puting pun akan terasa lebih sensitif. Gambar breast kiri
adalah sebelum hamil dan kanan adalah ketika hamil.
2. Loya atau 'morning sickness'
-Kebanyakkan wanita mengalaminya. Sesetengah pakar mempercayai ia
berlaku akibat ketidakserasian gene ibu dan ayah ketika bersatu (tetapi
ini tidak membawa apa2 maksud dlm kehidupan). Selalunya simptom ini
hadir di waktu pagi ketika menggosok gigi, makan sarapan atau minum air
tetapi ada juga ibu yang dapat simptom ini di hujung hari menjelang
maghrib. Ada juga yang loya seharian tidak boleh makan dan minum
sepanjang hari sehingga terpaksa di masukkan ke hospital.
Loya ini boleh di atasi dengan mengambil porsi makanan yang kecil tetapi
lebih kerap. Ada sesetengah wanita berpendapat makanan masin and susu
suam membantu.
3. Keletihan yang melampau
-Rasa letih yang melampau.Asyik rasa nak tidur sahaja walaupun beberapa
minit. Dalam beberapa minggu awal kehamilan anak yg sedang terbentuk
menggunakan tenaga ibu, jadi ibu akan berasa letih.
4. Kerap membuang air kecil
-Sebilangan wanita hamil akan rasa janggal pada awalnya kerana kerap ke
bilik air. Keadaan uterus yang sedang membesar menekan pundi kencing dan
keadaan ibu hamil yang akan menghasilkan lebih banyak air semasa
mengandung. Keadaan ini akan kekal sepanjang 9 bulan 10 hari kandungan.
5.Ketidakselesaan perut
- Kadang-kadang sesetengah wanita akan rasa sakit dibahagian abdomen.
Sakit ini seolah-olah sakit "PMS" yang kita dpt setiap kali sebelum dtg
haid. Ini kerana telur yang baru disenyawakan sedang cuba untuk menempel
di bahagian dinding uterus ibu. Dan uterus ibu sedang berkembang
sebagai langkah bersiap sedia untuk sembilan bulan seterusnya.
6. Perubahan kulit
- Disebabkan ketidakseimbangan hormon, kulit menjadi sensitif dan
pigmentasi senang terbentuk..tapi jangan khuatir, ianya untuk sementara
sahaja.
7. Peningkatan suhu badan (macam nak demam)
- Ibu selalu rasa panas dan mudah rasa macam nak demam.
8. Perubahan mood dan kerap marah/melenting
- Dengan semua perubahan yang saya sebutkan di atas, di tambah pula
dengan ketidakseimbangan hormon, kita lebih senang untuk marah dan emosi
tidak stabil. Normal jika kadang-kadang ibu rasa sedih, sunyi, suram
gembira silih berganti.. Jadi perlu diberitahu kepada suami kt ini semua
hanya pembawakkan budak.. :)
Setiap kali hamil pasti akan ada perasaan dan simptom-simptom yang
berbeza.. secara keseluruhannya mungkin sama. Semoga entry kali ini
dapat memberi ilmu yang berguna kpd kita semua.
Sepanjang usia kehamilan adalah amat penting untuk kita ambil dan amalkan pemakanan yang seimbang.
Saya mengambil produk kehamilan shaklee iaitu vita lea, vita
c/nutriferon (sbb vita c habis stok satu malaysia), bcomplex,
ostematrix, omega dan esp dari seawal 8 minggu. Alhamdulillah ia
memberikan sy lebih tenaga, ceria dan saya masih mampu meneruskan
penyusuan anak sulung saya yang berusia setahun 8 bulan.
credit : safuhah
Untuk keterangan lanjut;-
~ sms ke 0148437633
~Pm di FB http://www.facebook.com/baiti.mohdyusoff
~email ke tie_yus@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment